Siapakah yang Papa dan Rugi
Alhamdulillah , syukur nikmat
kepada Allah s.w.t kerana memberikan kita peluang sekali lagi pada tahun ini
untuk bersama-sama umat Islam yang lain bagi menyempurnakan ibadah puasa dan
amalan-amalan yang lain. Kesempatan ini haruslah dimenafaatkan dengan
sebaik-baiknya kerana kita belum pasti apakah kita maseh berpeluang melakukannya
pada tahun hadapan. Berpuasa bukanlah bererti kita hanya menahan kelaparan,
segala tingkah laku kerohanian dan jasmani kita juga harus dikawal agar tidak
membatalkan amalan puasa kita.
Seharusnya kita mengawal kata-kata dan juga fikiran kita dari memikirkan pada perkara – perkara yang tidak baik dan juga dari menuturkan kata –kata yang berbaur fitnah dan menghasut . Takzirah pada bulan yang mulia ini seharusnya dimenafaatkan kepada perkara-perkara yang berfaedah dan bukan untuk kepentingan politik dan juga kepentingan diri sendiri.
Didalam sebaris terjemahan hadith Abu Hairairah r.a . rasulullah telah bersabda: “Adakah kamu tahu siapakah orang papa pada hari kiamat?” Jawab sahabat, “Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya,”
Baginda bersabda lagi: sesungguhnya orang yang papa pada hari itu adalah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, disamping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah.
Segala amal kebajikannya yang dikerjakan akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya, Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan kedalam neraka.
Rasulullah juga memberitahu
sahabat bahawa makna papa (muflis) pada hari kiamat bukanlah sama maknanya
dengan papa di dunia ini; ketiadaan wang, harta, pangkat dan lain-lain, tetapi
maknanya ialah orang yang ketiadaan amal solih, rosak akhlak dan lain-lain.
Akhlak yang rendah, seperti kelakuan buruk , mencaci, menuduh orang melakukan maksiat tanpa bukti, pecah amanah atau menceroboh hak orang lain, membunuh manusia yang tidak bersalah dan seumpamanya adalah merupakan akhlak yang buruk yang akan merosakkan masyarakat. Mereka akan menerima balasan yang wajar di akhirat atas kelakuan-kelakuan ini.
Rasulullah menyatakan bahawa sembahyang , puasa , zakat yang telah ditunaikan akan hilang dimakan oleh kesalahan akhlak yang dilakukan. Ini bererti bahawa bukan sahaja ibadat fardu itu yang menyempurnakan keislaman seseorang, tetapi juga akhlak. Sekiranya dibulan yang mulia ini maseh ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dengan menjadikan takzirah sebagai alasan bagi kepentingan politik untuk memcaci dan mengaibkan mana-mana mukmin maka balasan diakhirat bukan sahaja ditanggung oleh penceramah malahan oleh mereka yang bersubahat mendengar kata-kata nesta ini.
Sekiranya ada orang yang berkata cukuplah kita melakukan akhlak yang baik, dan tidak menunaikan ibadat fardhu seperti sembahyang, puasa dan zakat, maka orang ini akan menerima seksa kerana ingkar kepada perintah agama. Begitu juga sebaliknya orang-orang yang bersembahyang tetapi tidak memiliki akhlak yang baik, juga akan menerima seksa.
Orang Islam mestilah menunjukkan contoh ibadat dan akhlak yang baik kepada manusia, seperti perhubungan yang baik, tidak berdusta dan sebagainya. Tidak disertakan dengan amalan, istimewa kepada para pemimpin.
Kesimpulan dan Pengajaran
Mereka yang tidak berakhlak akan mudah melakukan jenayah dan mencabul kemuliaan
agama Islam, teristimewa bagi mereka yang pandai menggunakan agama untuk
kepentingan sendiri.
Rasulullah mengingatkan mereka yang mementingkan ibadat dan sahaja dan menganggap bahawa merekalah orang yang layak masuk syurga adalah salah dalam Islam.
Pencerobohan terhadap akhlak
adalah serupa dengan pencerobohan terhadap harta benda. Orang yang melakukannya
akan diperhitungkan nasibnya dihari akhirat dan akan diperlihatkan apakah amalan
ibadat fardhunya
mampu menutup segala kesalahan akhlaknya.
Islam mengarahkan supaya penganutnya menjadi kaya di dunia dan di akhirat. Orang Islam perlu berusaha membentuk mesyarakat yang tinggi dan berperikemanusiaan yang boleh menjadi contoh kepada masyarakat lain.
TepakBersulam: Dibulan yang
mulia ini, Tepak bukan hanya menahan kelaparan tetapi Tepak juga akan menahan
jari- jemari dari memetik keyboard kepada perkara –perkara yang boleh
mengurangkan pahala amalan pembaca dan juga amalan Tepak yang menulis.
Insyaallah.